Saturday 12 November 2011

+untuk awak muhd ikhwan+

awak
hari ini saya rindukan awak
setelah sepanjang malam tadi
saya berehat melepaskan rasa yang saya tanggung
hari ini saya rindukan awak
apa tidaknya di awal pagi tadi
saya tidak ditemani bicara awak
saya menanti ringtone awak
kerana ianya pelengkap hidup saya di awal hari
selain senyuman dan semangat saya
awak
hari ini saya rindukan awak
awak jangan terkejut
dalam minggu ini awak akan terima sesuatu dari saya
saya layangkan sekeping ucapan
saya rindu kan awak
sebagai rasa saya ketika ini
awak
hari ini saya rindukan awak
yalah!awak kan kedamaian saya
saya rindukan awak tau!
setelah sekian lama tidak bertemu
saya rindukan awak,hari ini, esok, lusa dan selamanya

No comments:

Post a Comment